Saturday, February 23, 2013

Penyata Polisi Dan Prosedur eCosway


     
1 SEKSYEN - PENGENALAN
     
1.1
Rancangan Keuntungan dan Polisi yang termaktub dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan.
Polisi dan Prosedur ini dalam keseluruhannya termasuk sebarang perubahan yang dibuat terhadapnya secara mutlak oleh eCosway.com Sdn Bhd (dengan ini dikenali sebagai "eCosway" atau 'Syarikat") tertakluk dan adalah bahagian penting Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway. Istilah "Perjanjian" yang digunakan dalam Polisi dan Prosedur ini merujuk secara kolektif kepada yang berikut:
     
 
a)
Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway,
 
b)
Polisi dan Prosedur ini; dan
 
c)
Rancangan Keuntungan eCosway.
 


 
Dokumen-dokumen ini digabungkan dan dirujuk sebagai Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway (dalam bentuk asal atau seperti yang telah diubah oleh eCosway). Adalah menjadi tanggung jawab setiap Pemilik Perniagaan untuk membaca, memahami, mematuhi dan memastikan mereka menjalankan operasi mereka mengikut versi terkini Polisi dan Prosedur ini.
 


1.2
Tujuan Polisi
eCosway adalah sebuah syarikat jualan langsung yang memasarkan produk dan perkhidmatan (secara kolektif dirujuk sebagai "barangan") melalui Pemilik Perniagaan. Adalah penting untuk kita memahami kejayaan seorang Pemilik Perniagaan dan kejayaan Pemilik Perniagaan bergantung kepada keikhlasan mereka dalam memasarkan barangan eCosway ini. Untuk mendefinasikan secara jelas perhubungan antara Ahli, Pembeli dan eCosway serta untuk menetapkan satu piawaian untuk menjalankan perniagaan, eCosway telah merangka Perjanjian ini.

Para Pemilik Perniagaan eCosway diwajibkan untuk mematuhi segala Syarat dan Peraturan yang terkandung dalam Perjanjian ini, eCosway secara mutlak boleh meminda dari masa ke semasa, termasuk yang berkaitan semua undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan dan undang-undang tempatan yang mengawal perniagaan eCosway. Disebabkan para Pemilik Perniagaan mungkin tidak biasa dengan kebanyakan piawaian tatatertib, adalah amat penting bagi setiap Pemilik Perniagaan untuk membaca dan mematuhi Perjanjian ini. Sila rujuk maklumat dalam panduan ini secara teliti. Ianya menerangkan dan merangkumi perhubungan antara setiap Pemilik Perniagaan yang merupakan kontraktor bebas dengan Syarikat.
 


1.3
Pindaan Terhadap Perjanjian
Disebabkan undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan dan undang-undang tempatan sentiasa berubah, eCosway mempunyai hak mutlak untuk meminda Perjanjian dan menetapkan harga barangan. Dengan menandatangani Perjanjian Pemilik Perniagaan, seorang Pemilik Perniagaan bersetuju mematuhi semua pindaan atau perubahan yang eCosway ingin lakukan. Pindaan akan berkuat kuasa sebaik sahaja notis tentang pindaan terhadap Perjanjian diberikan kepada semua Pemilik Perniagaan. Notis berkenaan pindaan akan disiarkan dalam terbitan eCosway yang rasmi. Syarikat akan menyediakan atau memastikan setiap Pemilik Perniagaan mendapat salinan Perjanjian yang telah dipinda dengan cara berikut : (1) menyiarkannya dalam laman web rasmi Syarikat; dan (2) mel elektronik (e-mel). Kesinambungan perniagaan Pemilik Perniagaan eCosway ditentukan bila Pemilik Perniagaan telah menerima komisen, langkah ini dianggap sebagai persetujuan dengan semua pindaan.
 


1.4
Penangguhan
eCosway tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penangguhan atau kegagalan dalam prestasi yang timbul akibat daripada keadaan komersil diluar kawalan.Ini termasuk tanpa had, tunjuk perasaan, kesukaran mendapat tenaga buruh, pemberontakkan, peperangan, kebakaran, kematian, kawalan sumber bekalan, dekri atau perintah kerajaan atau kesukaran teknikal ( contohnya: kegagalan komputer, talian telefon rosak, dan lain-lain).
 


1.5
Pembatalan Polisi dan Peruntukkan
Jika mana-mana bahagian daripada Perjanjian yang telah dipinda didapati tidak sah, atau tidak dapat dikuatkuasakan atas sebarang sebab, hanya bahagian yang tidak sah sahaja yang akan terbatal dan syarat dan bahagian lain akan berkuatkuasa dan akan diangggap sah, bahagian yang tidak sah akan dianggap tidak termasuk dalam Perjanjian.
 


1.6
Pengecualian
Syarikat tidak akan melepaskan hak untuk memastikan Perjanjian dipatuhi sepenuhnya dan ianya sejajar dengan undang-undang perniagaan. Kegagalan eCosway untuk menggunakan sebarang bidang kuasa didalam Perjanjian atau bertegas dalam memastikan para Pemilik Perniagaan mematuhi syarat-syarat Perjanjian, dan ianya tidak berbeza atau berlainan dengan apa yang termaktub dalam Perjanjian akan menjadi asas bagi pengecualian hak eCosway untuk memastikan Perjanjian dipatuhi sepenuhnya. Pengecualian oleh eCosway hanya boleh dilakukan dengan kebenaran bertulis daripada seorang pegawai bertauliah Syarikat. Sebarang pengecualian yang diberikan oleh eCosway tidak akan melibatkan atau mencacatkan hak eCosway terhadap lain-lain pengecualian atau hak ke wajiban yang lain. Ianya juga akan merangkumi sebarang penangguhan atau kegagalan eCosway dalam menggunakan sebarang hak pengecualian atau bercanggah dengan hak eCosway terhadap sebarang pengecualian yang lain.

Kewujudan sebarang tuntutan atau langkah Pemilik Perniagaan terhadap eCosway tidak boleh dianggap sebagai satu langkah defensif penguatkuasaan sebarang syarat atau peruntukkan dalam Perjanjian.
 


 


2
SEKSYEN - MENJADI SEORANG PEMILIK PERNIAGAAN
 

2.1
Syarat-syarat untuk menjadi Pemilik Perniagaan
Untuk menjadi Pemilik Perniagaan eCosway, setiap pemohon mesti :
     
 
a)
Dewasa berdasarkan undang-undang di negara, negeri, daerah atau jajahan yang menjadi tempat tinggal mereka;
 
b)
Memiliki pengenalan sah yang boleh digunakan untuk membuka akaun bank (contohnya kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, dan lain-lain) di negara, negeri, daerah atau jajahan tempat tinggal jika diperlukan;
 
c)
Bayar yuran pendaftaran dan yuran akses tahunan; dan
 
d)
Menghantar borang Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan Bebas yang telah siapa diisi kepada eCosway.
 


 
Syarikat mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan Keahlian eCosway tanpa memberikan sebarang sebab.
 


2.2
Pendaftaran Pemilik Perniagaan baru secara permohonan dalam talian
Seorang bakal Pemilik Perniagaan eCosway boleh mendaftar secara dalam talian, atau di eCenter yang terdekat (jika ada). Setelah Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan dihantar, bakal Pemilik Perniagaan itu akan diterima sebagai Pemilik Perniagaan baru dan menerima Nombor Pengenalan Pemilik Perniagaan ("Business Owner Identification Number - BOIN") yang akan digunakan untuk mengenali Pemilik Perniagaan tersebut.
 


2.3
Faedahnya Pemilik Perniagaan
Sebaik sahaja Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan diterima oleh eCosway, faedah Rancangan Keuntungan dan Perjanjian Pemilik Perniagaan akan diberikan kepada Pemilik Perniagaan. Faedah-faedah ini termasuk hak untuk:
     
 
a)
Membeli dan menjual barangan eCosway melalui kedai-kedai eCosway
(jika ada);
  b) Sertai Sistem Sokongan Pemilik Perniagaan eCosway (B.O.S.S.);
 
c)
Sertai Rancangan Keuntungan (dan terima komisen, kalau layak);
 
d)
Memperkenalkan para individu lain untuk menjadi Pembeli atau Pemilik Perniagaan eCosway, bina satu Rangkaian Global dan maju bersama Rancangan Keuntungan eCosway;
 


2.4
Memperbaharui Perniagaan eCosway Anda
Tempoh Perjanjian Pemilik Perniagaan adalah satu tahun daripada tarikh penerimaannya oleh eCosway. Pemilik eCosway mestilah memperbaharui Perjanjian Pemilik Perniagaan mereka setiap tahun dan membayar yuran tahunan seperti yang dinyatakan dan diumumkan oleh eCosway pada atau sebelum genap setahun Perjanjian Pemilik Perniagaan. (Semua rujukkan dalam Polisi dan Prosedur bagi "Dolar" atau "$" adalah merujuk kepada dolar AS) Jika yuran tahunan tidak dibayar pada atau sebelum tarikh tamat Perjanjian Pemilik Perniagaan, Perjanjian Pemilik Perjanjian akan dibatalkan. Pemilik Perniagaan boleh memilih untuk menggunakan khidmat Rancangan Pembaharuan Automatik (Automatic Renewal Program - ARP). Dibawah ARP yuran tahunan akan ditolak daripada eAccount Bonus Pemilik Perniagaan (jika terdapat baki) pada atau sebelum bulan ulangtahun Perjanjian Pemilik Perniagaan.
 


 


3.
SEKSYEN - OPERASI SUATU PERNIAGAAN eCOSWAY
 


3.1
Mematuhi Rancangan Keuntungan eCosway
Pemilik Perniagaan mesti mematuhi syarat-syarat Rancangan Keuntungan eCosway seperti yang ditetapkan dalam bahan cetak rasmi eCosway. Melainkan Pemilik Perniagaan eCosway menerima kelulusan bertulis daripada eCosway, seorang Pemilik Perniagaan tidak boleh menawarkan peluang di eCosway atau dengan sebarang kombinasi, atau sistem lain, rancangan atau kaedah pemasaran selain daripada apa yang telah ditetapkan secara khususnya dalam bahan bercetak rasmi eCosway. Pemilik Perniagaan tidak diwajibkan atau mengalakkan orang lain atau bakal Pemilik Perniagaan atau Pembeli untuk menyertai eCosway dalam sebarang cara yang berlainan daripada apa yang telah ditetapkan dalam bahan cetak rasmi eCosway. Pemilik Perniagaan tidak diwajibkan atau mengalakkan orang lain atau bakal Pemilik Perniagaan atau Pembeli untuk menandatangani sebarang perjanjian atau kontrak selain daripada perjanjian dan kontrak rasmi eCosway untuk menjadi Pemilik Perniagaan. Pemilik Perniagaan juga tidak diwajibkan atau mengalakkan orang lain atau bakal Pemilik Perniagaan atau Pembeli untuk membeli atau membayar, kepada sebarang individu atau entity untuk menyertai Rancangan Keuntungan eCosway selain daripada pembelian dan pembayaran yang dikenal pasti seperti yang disyorkan atau diwajibkan mengikut bahan cetak rasmi eCosway.
 


3.2
Mengiklan
3.2.1
Secara Am
Semua Pemilik Perniagaan akan melindungi dan mempromosi nama baik eCosway dan barangannya. Pasaran dan promosi eCosway, peluang di eCosway, Rancangan Keuntungan dan barangan eCosway mestilah konsisten dengan kepentingan awam, dan mestilah terkecuali daripada sebarang langkah tidak sopan, menipu, tidak tepat, tidak beretika atau yang tidak bermoral.

Untuk mempromosikan barangan dan peluang hebat yang ditawarkan oleh eCosway. Pemilik Perniagaan perlu menggunakan bahan bantuan jualan dan bahan sokongan yang diterbitkan atau diluluskan oleh eCosway. Rasional disebalik ini adalah mudah. eCosway telah memilih barangannya dengan penuh berhati-hati, mereka Rancangan Keuntungan dan bahan promosi untuk memastikan setiap aspek eCosway adalah adil, ikhlas, benar dan mematuhi keperluan perundangan kebangsaan, persekutuan, negeri, kawasan, jajahan atau undang-undanga tempatan yang kompleks. Jika Pemilik eCosway dibenarkan untuk menerbitkan bahan bantuan jualan dan bahan promosi mereka sendiri (termasuk pengiklanan dalam internet) tanpa mendapat kelulusan dengan mengambil kira keikhlasan dan niat baik mereka ada kemungkinan mereka akan melanggar undang-undang, statues atau peraturan yang mengawal perniagaan eCosway. Kesalahan ini walaupun mungkin kecil dari segi bilangannya ianya mungkin mengancam peluang eCosway bagi semua Pemilik Perniagaan. Sejajar dengan itu Pemilik Perniagaan mesti menghantar semua alat bantuan jualan yang bercetak, bahan promosi, iklan, dan lain-lain bahan cetak (termasuk cadangan untuk mengiklan dalam Internet) kepada Syarikat untuk mendapatkan kelulusan. Pemilik Perniagaan boleh menghasilkan, menerbit dan menggunakan alat bantuan jualan, bahan promosi, iklan dan lain-lain bahan cetak tanpa kelulusan bertulis dariada Syarikat jika dan hanya kalau ianya tidak ada rujukkan secara langsung atau tidak langsung kepada eCosway atau Rancangan Keuntungan, barangan, tanda niaga, nama niaga, tanda perkhidmatan, nama perkhidmatan, laman web, URL atau lain-lain maklumat pengenalan.
 


3.2.2
Polisi Anti-Spam
Untuk melindungi semua Pembeli dan Pemilik Perniagaan, eCosway telah mengambil langkah untuk TIDAK BERTOLAK ANSUR langsung dengan kegiatan spam dan mengiklan secara tidak tepat. Para Pemilik Perniagaan atau Pembeli yang didapati menggunakan keadah 'spamming' atau mengiklan secara tidak tepat untuk mempromosikan perniagaan eCosway akan ditamatkan keahliannya. Jikalau seorang Pemilik Perniagaan atau Pembeli ditamatkan keahlian kerana 'spamming' mereka akan kehilangan semua hak keahlian, semua duit dan nilai mata (VPs), kad nilai mata (CVPs), Mata Tebus (RPs), eVolume (eV) dan Unit Kelayakan (QUs) dan tidak lagi layak untuk menyertai eCosway dibawah mana-mana jenis keahlian. Jika kegiatan 'spamming' itu mengakibatkan sebarang kerosakkan kepada mana-mana laman web, domain, pelayan atau aktiviti yang menggendalakan operasi harian, Pemilik Perniagaan tersebut akan bertanggung jawab atas segala kerosakkan dan kerugian yang dialami oleh perniagaan.

Tidak ada definasi tetap yang konsisten berkenaan "spam" buat masa ini. Setengah-setengah orang bertegas mengatakan hanya emel perniagaan yang dihantar secara pukal tanpa izin (Unsolicited Commercial Email - UCE) dikatakan spam, tapi ramai individu dan organisasi anti spam berpendapat sebarang emel yang dihantar kepada seseorang yang tidak sudi menerima emel itu, maka ianya dianggap spam. Untuk tujuan polisi ini, eCosway akan menganggap aktiviti yang dilakukan dalam situasi yang berikut sebagai spam dan mencabuli polisi eCosway:

Secara khususnya Pemilik Perniagaan eCosway dihalang daripada melakukan perkara yang berikut ini :
  • Menggunakan perkataan Cosway atau e-Cosway (walau pun dalam kandungan bersama lain perkataan seperti "MyCosway" atau eCoswayNow dan lain-lain.)
  • Menggunakan ejaan yang berasaskan perkataan berikut (seperti e-Cosway, eeCosway, causeway atau ezcosway).
  • Merujuk kepada Cosway atau eCosway.
  • Menghubungkan URL eCosway atau laman-laman web* (lihat senarai).
  • Menghubungkan kepada satu laman yang kemudiannya menghubungkan kembali kepada URL eCosway atau laman webnya.
  • Menggunakan "mukasurat petunjuk" atau "penghubung kembali" yang membawa semula ke laman eCosway.
  • Menghantar sebarang maklumat secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan eCosway.

    ... dalam sebarang situasi yang berikut :
  • Ketika melanggar sebarang undang-undang tempatan, negeri, persekutuan atau antarabangsa termasuk yang berkaitan dengan UCE - penghantaran emel komersil secara pukal.
  • Dalam alamat laman web.
  • Dalam sebarang bentuk pengiklanan (kecuali yang telah dibenarkan secara khususnya oleh eCosway).
  • Dalam fail tandatangan elektronik (kecuali yang telah dibenarkan secara khususnya oleh eCosway).
  • Dalam sebarang e-mel kepada sesiapa atau bakal Pemilik Perniagaan yang belum meminta sebarang maklumat atau mengizinkan anda menghantar maklumat tersebut kepada mereka.
  • Dalam sebarang bentuk e-mel yang telah dihantar kepada satu senarai pukal termasuk "senarai selamat" (safe list), "senarai bersih" (clean list), senarai pembelian dan senarai yang telah disalin daripada ruang "Hantar Kepada" (send to) emel anda.
  • Dalam sebarang maklum balas kepada sesiapa yang telah menghantar mesej kepada anda, membuat iklan, atau telah menghantar emel tanpa izi.
  • Dalam sebarang emel yang telah dihantar tanpa alamat penghantar yang sah, yang boleh dibalas kembali.
  • Dalam sebarang emel yang menggunakan nama samaran atau nama palsu, perkara yang tidak benar, samar-samar atau tidak jelas, keterangan yang tidak jelas atau sebarang bentuk maklumat yang tidak benar dan tidak tepat.
  • Semasa berbincang dalam ruang perbualan (chat room) sebelum mendapatkan kebenaran atau izin untuk sebarang maklumat lanjut daripada orang mereka tersebut.
  • Semasa berhubung dengan seseorang yang melalui sistem mesej langsung (seperti ICQ, Yahoo, IM etc.) tanpa mendapatkan kebenaran atau izin untuk sebarang maklumat lanjut daripada orang tersebut.
  • Semasa menghantar sebarang maklumat kepada sebarang forum, usenet atau kumpulan berita (newsgroup), senarai 'majordomo', papan buletin, senarai perbincangan atau lain-lain kumpulan yang sama atau senarai-senarai dalam Internet.
  • Dalam sebarang bahan dalam talian (online) atau bahan bercetak yang belum diluluskan oleh eCosway.
  • Bagi sebarang bahan yang diedar dalam kawasan persendirian atau sebarang tempat lain dalam cara yang tidak dibenarkan oleh sebarang individu, badan atau oleh undang-undang.
* URL (alamat laman web) dan domain yang para Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan untuk merujuk atau menghubungkan, secara langsung atau tidak langsung dengan atau tanpa memasukkan ID Pemilik Perniagaan/Pembeli ialah :
 


www.eCosway.com
www.MakeMoneyStayingHome.com
www.AmazingOneDollarAuction.com
www.HexagonLivingWater.com
www.PartnerMerchants.com
www.ChargeAndEarn.com



   
  • Serta sebarang URL atau domain yang digunakan atau yang akan bakal digunakan oleh eCosway.

 


3.2.3
Faks tanpa izin
Melainkan daripada apa yang telah disebut dalam seksyen ini, para Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan atau menghantar faks yang berkaitan dengan operasi perniagaan eCosway mereka tanpa kebenaran.
Istilah "faks tanpa izin" bermaksud transmisi melalui faksimili telefon sebarang bahan atau maklumat iklan atau promosi eCosway, barangannya, Rancangan Keuntungan atau sebarang aspek Syarikat yang dihantar kepada sesiapa sahaja, melainkan bagi istilah yang tidak tertakluk kepada istilah ini iaitu : (a) bagi sesiapa sahaja yang telah memberikan kebenaran atau jemputan; atau (b) kepada sesiapa sahaja yang Pemilik Perniagaan telah pun sedia ada kaitan perniagaan atau perhubungan peribadi. Istilah "kaitan perniagaan atau perhubungan peribadi" bermaksud perhubungan yang telah pun sedia ada atau perhubungan komunikasi dua hala antara Pemilik Perniagaan dan orang yang berkenaan berdasarkan : (a) pertanyaan, permohonan, pembelian atau transaksi bagi barangan yang ditawarkan oleh Pemilik Perniagaan; atau (b) perhubungan peribadi atau keluargaaan di mana perhubungan ini belum lagi diputuskan oleh kedua-dua pihak sebelum ini
.
 


3.2.4
Teknik Pemasaran melalui telefon
Penggunaan sebarang bentuk alat telefon automatik atau taktik "memaksa" berhubung dengan pemasaran atau promosi eCosway, barangannya atau berkenaan peluangnya tidak dibenarkan. Bagi seksyen ini istilah taktik "memaksa" ini termasuk taktik promosi yang berbentuk memaksa yang berkeupayaan membuat bakal Pemilik Perniagaan membuat keputusan atau yang direka untuk mengatasi keengganan bakal Pemilik Perniagaan menyertai eCosway, termasuk dengan cara :
     
 
a)
menggunakan kempen telefon insentif atau panggilan tanpa izin kepada orang atau sesiapa sahaja yang tidak dikenali atau tidak ada perhubungan dengan pemanggil di mana orang tersebut dipaksa membuat keputusan mendadak untuk menyertai eCosway tanpa mengambil kira keperluan dan objektif orang tersebut;
 
b)
menggunakan skrip yang direka untuk menepati objektif bakal Pemilik Perniagaan;
 
c)
panggilan telefon yang berulang-ulang kali;
 
d)
panggilan telefon yang bersifat memerangkap bakal Pemilik Perniagaan;
 
e)
nada mengugut bakal Pemilik Perniagaan dalam telefon dengan mengatakan mereka kesuntukkan masa untuk membuat keputusan.
 


3.2.5
Laman web, Nama domain, dan Alamat E-mel
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan, mendaftar, atau cuba mendaftar perkataan "eCosway", "Cosway" atau sebarang nama perniagaan, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama barangan eCosway atau sebarang nama yang berasaskannya, dalam sebarang nama domain, dalam mana-mana laman web, nama emel, mana-mana laman blog atau dalam mana-mana 'nickname' atau dalam kod HTML atau "meta-tags" sebarang laman web bukan eCosway yang tidak diluluskan oleh eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga tidak dibenarkan untuk menghubungkan mana-mana domain atau laman web eCosway daripada mana-mana laman web yang bukannya laman web eCosway. Jika Pemilik Perniagaan ingin menggunakan nama "eCosway" atau "Cosway" dalam laman web, atau jika Pemilik Perniagaan ingin menghubungkan eCosway daripada laman web yang telah direka sendiri oleh Pemilik Perniagaan, mereka mesti terlebih dulu menghubungi eCosway untuk mendapatkan kebenaran bertulis untuk melakukannya. Para Pemilik Perniagaan boleh menggunakan, memasukkan, atau cuba memasukkan perkataan "eCosway", "Cosway" atau sebarang nama perniagaan, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama produk atau nama yang berasaskannya dalam sebarang bentuk alamat mel elektronik atau fail-fail tandatangan.

Jika seorang Pemilik Perniagaan ingin menggunakan laman web Internet untuk mempromosikan perniagaan, mereka boleh melakukannya melalui laman web rasmi eCosway dengan menggunakan templet rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga boleh membina laman web mereka sendiri, tetapi para Pemilik Perniagaan ini mesti memastikan laman web tersebut tidak mengandungi rujukkan langsung atau pun tidak langsung kepada eCosway atau Rancangan Keuntungan, barangan, tanda perniagaan, tanda perkhidmatan, laman web, URL atau sebarang maklumat yang berkenaannya. Para Pemilik Perniagaan yang mereka atau yang menerbitkan laman web mereka sendiri mesti mendaftar laman mereka dengan Syarikat dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada Syarikat sebelum laman itu dibuka kepada orang ramai. Para Pemilik Perniagaan juga mesti memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan yang bersifat bercanggah dengan polisi dan prosedur ini. Kegagalan untuk memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan dianggap melanggar polisi dan prosedur ini.
 


3.2.6
Tanda Perniagaan dan Hak Cipta
eCosway tidak akan membenarkan penggunaan bagi sebarang tujuan sebarang bentuk tanda nama, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama produk, URL, alamat web, rekaan atau simbol oleh sesiapa sahaja termasuk Pemilik Perniagaan eCosway tanpa kebenaran bertulis. Para Pemilik Perniagaan tidak perlu mendapatkan kebenaran bertulis untuk menggunakan apa yang tersebut di atas jika para Pemilik Perniagaan menggunakan bahan rasmi eCosway.

Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menerbitkan sebarang acara atau ucapan Syarikat untuk pengedaran atau jualan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada eCosway para Pemilik Perniagaan juga tidak boleh menerbitkan semula sebarang persembahan rakaman audio atau video Syarikat.
 


3.2.7 Hakcipta Laman Web
Para Pemilik Perniagaan mengakui Laman Web eCosway mengandungi maklumat, data, gambar, graf, perisisian, video, teks, muka taip, grafik, rekaan, musik, bunyi dan lain-lain bahan (secara kolektifnya dikenali sebagai "Harta Intelektual") dilindungi oleh hakcipta, patent, tanda niaga, rahsia perniagaan dan lain-lain hak dan semua hak ini sah dan dilindungi daripada semua jenis teknologi yang wujud sekarang dan yang akan bakal wujud. Para Pemilik Perniagaan juga mengakui mereka tidak akan mengubahsuai, mengeluarkan, memadamkan, meningkatkan, menambahkan, menerbitkan, menghantar, melibatkan diri dalam pemindahan milik atau penjualan, menghasilkan sesuatu kerja derivatif, mempersembahkan, menyiarkan atau dalam sebarang bentuk cara mengeksploitasikan mana-mana Hak Intelektual atau laman web secara sebahagian atau pun secara keseluruhannya.

Setakat yang perlu untuk mengakses dan menggunakan Laman eCosway secara sah, dan dengan syarat tidak ada sebarang halangan yang disiarkan. Para Pemilik Perniagaan boleh menyiarkan, memuat turun, menyimpan dan mencetak keluar mana-mana bahagian laman web hanya bagi kegunaan peribadi Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan juga bersetuju untuk tidak cuba mendapatkan atau mempelajari kod sumber, struktur, algoritma atau idea yang menjadi asas laman tersebut.

Pemilik Perniagaan tidak boleh memindahkan atau mencermin sebarang bahan kandungan pada sebarang Laman Web eCosway tanpa keizinan bertulis dari eCosway. Pemilik Perniagaan bersetuju bahawa mereka tidak akan menyalin, memunggah, menghimpun semula atau memusing kejuruteraan sebarang bahagian dari Laman Web eCosway. Pemilik Perniagaan selanjutnya bersetuju yang mereka tidak akan dalam cara lain mencuba untuk mendapatkan atau mempelajari sumber kod, struktur, algoritma, atau idea yang terdapat di laman ini.

Jika sebarang syarat dalam Seksyen ini tidak dipatuhi ianya akan dianggap menyalahi Perjanjian Pemilik Perniagaan. Semua syarat dalam Sekyen 3.2.7. ini akan berkuatkuasa sepanjang tempoh Perjanjia Pemilik Perniagaan.
     
3.2.8
Media dan Pertanyaan Media
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh mencuba untuk memberikan maklum balas kepada sebarang pertanyaan media berkenaan eCosway, barangannya, atau berkenaan mana-mana perniagaan eCosway. Semua pertanyaan oleh sebarang bentuk media mestilah dirujuk terus kepada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan. Polisi ini direka untuk memastikan maklumat yang tepat dan konsisten diberikan kepada pihak umum dan juga untuk penampilan imej yang baik.
 


3.3
Pendaftaran yang tidak sah
"Pendaftaran yang tidak sah" termasuk : (a) pendaftaran para individu atau entity tanpa pengetahuan dan/atau menyempurnakan Permohonan Perjanjian Pemilik Perniagaan oleh para individu atau entity; atau (b) pendaftaran atau percubaan pendaftaran para individu atau entity yang tidak wujud sebagai Pemilik Perniagaan atau Pembeli ("hantu"). Pendaftaran yang tidak sah dianggap melanggar Polisi dan Prosedur, dan adalah dilarang sama sekali.
 


3.4
Perubahan pada Perniagaan eCosway
3.4.1
Secara Am
Setiap Pemilik Perniagaan mestilah memberitahu eCosway dengan serta-merta tentang jika ada sebarang perubahan pada maklumat yang terkandung dalam Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan boleh mengubah Perjanjian Pemilik Perniagaan yang sedia ada (contohnya perubahan dari segi perkahwinan, menukar nama, menukar akaun banak atau nombor pengenalan, perubahan pada nombor pengenalan yang diberikan oleh kerajaan atau menukar taraf pemilikkan perseorangan kepada entiti yang dimiliki oleh Pemilik Perniagaan.) dengan mengisikan "Borang Perubahan Maklumat" yang boleh didapati secara dalam talian (online) dan menyerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan.
 


3.4.2
Pembatalan Dan Permohonan Semula
Seorang Pemilik Perniagaan boleh membatalkan perniagaan eCosway mereka jikalau mereka tidak aktif (contohnya tidak membuat sebarang belian barangan eCosway untuk penjualan semula, tidak ada jualan barangan eCosway, tidak menaja sesiapa, tidak menghadiri sebarang majlis eCosway atau tidak mengambil bahagian dalam sebarang bentuk aktiviti untuk Pemilik Perniagaan) bagi tempoh tiga (3) bulan mengikut kalendar. Selepas tempoh enam bulan yang tidak aktif ini, bekas Pemilik Perniagaan boleh memohon semula dibawah seorang penaja yang baru.
 


3.5
Dakwaan dan Tuntutan yang Tidak Sah
3.5.1
Perlindungan
Seorang Pemilik Perniagaan bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kenyataan lisan dan kenyataan bertulis berkenaan barangan eCosway dan Rancangan Keuntungan yang tidak terkandung dalam bahan cetak rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan bersetuju melindungi eCosway dan para pengarah eCosway, pegawai-pegawai eCosway, pekerja dan ejen daripada sebarang bentuk kecelakaan dan liabiliti termasuk keputusan mahkamah, saman awam, pemulangan semula, bayaran guaman, kos mahkamah atau kerugian perniagaan yang ditanggung oleh eCosway akibat daripada tindakan tanpa izin Pemilik Perniagaan. Peruntukkan ini tidak tertakluk kepada pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaan.
 


3.5.2
Dakwaan Produk
Tidak ada sebarang tuntutan (termasuk testimonial peribadi) serta teraputik, kuratif atau sesuatu barangan yang mendatangkan faedah yang ditawarkan oleh eCosway boleh dibuat melainkan yang terkandung dalam bahan cetak rasmi eCosway. Khususnya Pemilik Perniagaan tidak boleh mendakwa yang barangan eCosway mujarab dalam mengubati, memulihkan, mendiagnosis, mengurangkan atau menghalang sebarang penyakit. Kenyataan seumpama ini boleh dianggap sebagai kenyataan berbentuk perubatan atau ubat. Dakwaan seperti ini bukan sahaja melanggar polisi eCosway tetapi ianya mungkin berpotensi melanggar peraturan dan undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan, kawasan atau pun setempat.
 


3.5.3
Dakwaan Pendapatan
Dalam keghairahan mendaftar bakal Pemilik Perniagaan, setengah-setengah Pemilik Perniagaan ada kalanya terdesak untuk menggunakan dakwaan pendapatan atau anggaran pendapatan untuk menunjukkan kuasa sirat pemasaran bertingkat. Ini bukan satu langkah bijak sebab seorang Pemilik Perniagaan baru mungkin kecewa dengan cepat jika keputusannya adalah tidak sehebat atau secepat yang dicapai oleh orang lain. Di eCosway kami percaya potensi untuk mendapatkan pendapatan eCosway adalah cukup hebat untuk menjadi perhatian tanpa membuat laporan tentang pendapatan orang lain.

Lagi pun di kebanyakan negara, negeri, daerah dan jajahan ada peraturan dan undang-undang yang menghalang beberapa jenis dakwaan pendapatan dan pengakuan yang dibuat oleh orang yang terlibat dalam pasaran berangkai. Para Pemilik Perniagaan mungkin berpendapat adalah amat berguna untuk menyediakan salinan Laporan Status Perniagaan atau untuk menunjukkan pendapatan yang mereka perolehi atau pendapatan orang lain, ada kemungkinan ianya akan bercanggah dengan undang-undang dan memberikan kesan negatif terhadap eCosway dan juga Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan yang membuat dakwaan sebegini perlu mematuhi undang-undang ketulusan seperti yang telah ditetapkan dan sejajar dengan dakwaan pendapatan dan anggaran pendapatan. Disebabkan para Pemilik Perniagaan eCosway tidak ada maklumat yang diperlukan untuk menepati peruntukkan undang-undang yang merangkumi dakwaan pendapatan, seorang Pemilik Perniagaan ketika memperkenalkan atau berbincang tentang peluang di eCosway atau Rancangan Keuntungan kepada bakal Pemilik Perniagaan, mereka tidak boleh membuat anggaran pendapatan, dakwaan pendapatan, atau menunjukkan pendapatan mereka di eCosway atau Laporan Status Perniagaan (termasuk penyata bank dan penyata cukai pendapatan). Contoh hipotetikal yang digunakan untuk menerangkan Rancangan Keuntungan yang berdasarkan hanya pada anggaran matematikal boleh diberikan kepada bakal Pemilik Perniagaan dengan syarat Pemilik Perniagaan yang menggunakan contoh hipotetikal ini untuk menerangkan dengan jelas terlebih dahulu kepada bakal Pemilik Perniagaan yang pendapatan seumpama ini hanyalah secara hipotetikal.
 


3.6
Percanggahan Kepentingan
3.6.1
Mencuri Pemilik Perniagaan Lain
Pemilik Perniagaan eCosway boleh menyertai lain-lain syarikat jualan langsung atau syarikat pemasaran berangkai atau syarikat pemasaran bertingkat (secara kolektif dikenali sebagai "pemasaran berangkai"), dan para Pemilik Perniagaan boleh melibatkan diri dalam aktiviti jualan yang tidak berkaitan dengan barangan eCosway jika mereka ingin melakukannya. Jikalau seorang Pemilik Perniagaan tidak ingin menyertai peluang pemasaran berangkai yang lain agar tidak ada percanggahan kepentingan dan kesetiaan, para Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan untuk mencari Pemilik Perniagaan secara tidak sah, ianya termasuk melalui cara-cara berikut :
 


 
a)
Semasa perjanjian ini berkuatkuasa, sebarang langkah atau percubaan untuk mendaftarkan Pemilik Perniagaan eCosway ke dalam syarikat pemasaran berangkai yang lain (kecuali Cosway) secara langsung atau melalui pihak ketiga. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada persembahan atau membantu dalam mempersembahkan lain-lain pemasaran berangkai (kecuali Cosway) kepada mana-mana Pemilik Perniagaan eCosway secara dalam kandungan atau bukan dalam kandungan mengajak mana-mana Pemilik Perniagaan eCosway untuk menyertai perniagaan lain. Sebabnya besar kemungkinan akan timbul percanggahan jika ada Pemilik Perniagaan yang menjalankan dua operasi rancangan pemasaran berangkai, adalah menjadi tanggung jawab Pemilik Perniagaan untuk mengenal pasti terlebih dahulu adakah bakal Pemilik Perniagaan itu adalah Pemilik Perniagaan eCosway sebelum mendaftarkan bakal Pemilik Perniagaan itu ke dalam perniagaan rancangan pemasaran berangkai yang lain.
 
b)
Selepas pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaan, untuk tempoh masa enam bulan yang berikutnya bekas Pemilik Perniagaan tidak boleh mengajak mana-mana Pemilik Perniagaan eCosway untuk menyertai rancangan pemasaran yang lain (kecuali eCosway).
 


3.6.2
Laporan Status Perniagaan
Para Pemilik Perniagaan boleh mendapatkan Laporan Status Perniagaan di laman web rasmi eCosway. Laporan Status Perniagaan ini dlilindungi dengan kata laluan. Semua Laporan Status Perniagaan dan maklumat yang terkandung dalamnya dianggap rahsia dan adalah maklumat milik mutlak serta rahsia perniagaan eCosway. Laporan Status Perniagaan disediakan untuk para Pemilik Perniagaan adalah rahsia dan diberikan kepada para Pemilik Perniagaan bertujuan untuk hanya membantu para Pemilik Perniagaan dan Organisasi Downline mereka untuk memperkembangkan perniagaan eCosway mereka. Para Pemilik Perniagaan mesti menggunakan Laporan Status Perniagaan untuk membantu, memotivasi dan melatih Pemilik Perniagaan downline mereka. Para Pemilik Perniagaan dan eCosway bersetuju yang jika Pemilik Perniagaan tidak dapat menerima syarat rahsia dan ketulusan, eCosway tidak akan memberikan Laporan Status Perniagaan kepada Pemilik Perniagaan. Seorang Pemilik Perniagaan tidak boleh bagi diri sendiri atau pun mewakili sesiapa, perkongsian, persatuan, badan atau lain-lain entiti :
 


 
a)
Menggunakan maklumat itu untuk bersaing dengan eCosway selain daripada mempromosikan perniagaan eCosway mereka; atau
 
b)
Mendapatkan atau memujuk Pemilik Perniagaan eCosway yang muncul dalam sebarang laporan atau mengambil langkah atau memperkenalkan kepada Pemilik Perniagaan eCosway, untuk menukar pendirian mereka terhadap eCosway.
 


 
Pemilik Perniagaan dan bekas Pemilik Perniagaan perlu memulangkan semula semua Laporan Status Perniagaan asal dan salinannya apabila diminta oleh Syarikat.
 


3.7
Kesilapan atau Persoalan
Jika seseorang ada sebarang soalan atau mendapati ada kesilapan dibuat dalam pengiraaan komisen, Laporan Status Perniagaan atau bayaran, Pemilik Perniagaan itu mesti memberitahu eCosway secara bertulis melalui emel dalam masa 60 hari daripada tarikh kesilapan tersebut. eCosway tidak akan bertanggung jawab bagi sebarang kesilapan, maklumat yang tidak dimasukkan atau masalah yang dilaporkan kepadanya dalam masa 60 hari.
 


3.8
Pembelian Inventori yang berlebihan tidak dibenarkan
Para Pemilik Perniagaan tidak diwajibkan menyimpan stok barangan atau peralatan pembantu jualan. Para Pemilik Perniagaan yang melakukannya akan mendapati ianya lebih mudah membuat jualan runcit dan membina Rangkaian Global sebab ianya hanya perlukan masa yang singkat bagi memenuhi pesanan Pembeli atau menepati permintaan baru Pemilik Perniagaan. Setiap Pemilik Perniagaan mesti membuat keputusan peribadi dalam persoalan ini.

eCosway menghalang sama sekali pembelian barangan yang banyak khas bagi tujuan untuk melayakkan diri bagi mendapatkan komisen atau menaiki tangga Rancangan Keuntungan. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh membeli lebih banyak inventori daripada apa yang mereka mampu menjual atau mampu mereka gunakan dalam masa sebulan atau pun mengalakkan orang lain untuk melakukannya.
 


3.9
Kelulusan atau sokongan kerajaan
Kebanyakan daripada kerajaan nasional, persekutuan, daerah, jajahan atau agensi penguasa tempatan atau pegawai mereka, tidak terlibat dalam meluluskan atau memberikan sokongan kepada mana-mana syarikat jualan langsung atau syarikat pemasaran berangkai atau rancangan mereka. Oleh itu para Pemilik Perniagaan tidak boleh menganggap atau mendakwa yang eCosway atau Rancangan Keuntungan telah "diluluskan", "disokong" atau mendapat pengikthirafan mana-mana agensi kerajaan, melainkan Syarikat atau Rancangan Keuntungan telah pun diluluskan atau diluluskan secara rasmi oleh agensi tersebut.
 


3.10
Menahan Pendaftaran atau Pesanan
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh memanupulasikan pendaftaran Pemilik Perniagaan baru atau pembelian barangan. Memegang pendaftaran atau pesanan dianggap "stacking". Istilah ini termasuk : (a) kegagalan untuk menghantar kepada eCosway, atau memegang Permohonan Pemilik Perniagaan Bebas dan Perjanjian bagi tempoh masa dua puluh empat jam (24) selepas wang atau maklumat kad kredit telah diberikan kepada seorang Pemilik Perniagaan baru kepada seorang Pemilik Perniagaan upline (melainkan berlaku kegagalan transmisi Permohonan Pemilik Perniagaan dan Perjanjian disebabkan syarat yang telah ditetapkan dalam Seksyen 1.4); (b) meletakkan atau memanupulasikan Permohonan Pemilik Perniagaan Bebas dan Perjanjian bagi tujuan memaksimakan pampasan berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway; atau (c) menyediakan bantuan kewangan kepada Pemilik Perniagaan baru bagi tujuan memaksimakan pampasan berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway. 'Stacking' juga dianggap melanggar peraturan serta Polisi dan Prosedur berikut dan adalah dihalang dengan keras sama sekali.
 


3.11
Pengenalan
Seorang Pemilik Perniagaan mesti menyediakan Nombor Pengenalan Rasmi yang boleh diterima untuk pembukaan akaun bank dalam negeri di mana Pemilik Perniagaan tersebut tinggal. Maklumat ini mesti diberikan kepada eCosway melalui Permohonan Pemilik Perniagaan dan Perjanjian.
 


3.12
Cukai Pendapatan
Setiap tahun eCosway akan menyediakan laporan cukai pendapatan kepada penduduk di negeri yang memerlukannya. Setiap Pemilik Perniagaan bertanggung jawab untuk membayar cukai kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau cukai setempat ke atas mana-mana pendapatan didapati sebagai Pemilik Perniagaan Bebas.
 


3.13
Status Kontraktor Bebas
Para Pemilik Perniagaan adalah kontraktor bebas dan bukannya pembeli franchis atau peluang perniagaan. Perjanjian antara eCosway dan para Pemilik Perniagaan tidak mewujudkan sebarang perhubungan pekerja/majikkan, agensi, perkongsian atau usahasama antara Syarikat dan Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan tidak akan dilayan sebagai pekerja untuk perkhidmatan kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau untuk cukai kerajaan tempatan. Semua Pemilik Perniagaan bertanggung jawab untuk membayar cukai bagi semua pampasan yang didapati sebagai Pemilik Perniagaan eCosway kepada kerajaan kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau setempat. Para Pemilik Perniagaan tidak ada sebarang hak (dalam apa jua keadaan) untuk membendung Syarikat dengan sebarang tanggung jawab. Setiap Pemilik Perniagaan boleh menetapkan matlamat, waktu dan cara jualan, asalkan mereka menuruti syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan. Polisi dan Prosedur ini dan undang-undang yang berkenaan.

Nama eCosway dan lain-lain nama yang akan digunakan oleh eCosway adalah tandaniaga, hak cipta dan tanda perkhidmatan eCosway. Oleh yang demekian tanda-tanda ini amat berharga kepada eCosway dan diberikan kepada para Pemilik Perniagaan bagi penggunaan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sebarang penggunaan tanda-tanda ini terhadap barangan yang tidak dihasilkan oleh
Syarikat ditegah sama sekali kecuali dalam keadaan berikut:

       
        Nama Pemilik Perniagaan
        Pemilik Perniagaan

Setiap Pemilik Perniagaan boleh mengelar diri mereka sebagai "Pemilik Perniagaan Bebas eCosway" dalam halaman kuning dan putih buku panduan telefon dibawah nama asal mereka, walaubagaimana pun frasa ini atau pun sebarang kata-kata lain yang merujuk kepada eCosway boleh digunakan dalam mana-mana fail tandatangan emel. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh membuat iklan dalam buku panduan telefon dengan menggunakan nama atau logo eCosway. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menjawab panggilan telefon dengan menyebut "eCosway" atau dalam mana-mana cara lain yang boleh membuat pemanggil percaya yang mereka telah menghubungi pejabat koperat eCosway.
 


3.14
Pematuhan terhadap undang-undang dan ordinan
3.14.1
Ordinan tempatan
Di setengah-setengah negara, negeri, daerah, jajahan dan bandar ada undang-undang yang merangkumi perniagaan yang dijalankan dari dalam rumah. Dalam kebanyakkan kes undang-undang ini tidak merangkumi para Pemilik Perniagaan sebab jenis perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimana pun para Pemilik Perniagaan mesti mematuhi undang-undang yang merangkumi mereka jika ada. Jika ada pegawai kerajaan memberitahu seorang Pemilik Perniagaan yang undang-undang, peraturan atau ordinan merangkumi Pemilik Perniagaan, Pemilik Perniagaan tersebut mesti dengan cara yang sopan memberi kerjasama; dan hantar salinan ordinan tersebut kepada Jabatan Pematuhan eCosway. Dalam kebanyakan kes ordinan ini terkecuali daripada merangkumi Pemilik Perniagaan eCosway.
 


3.14.2
Pematuhan terhadap undang-undang kebangsaan, Persekutuan, Negeri, Daerah, Jajahan atau tempatan
Pemilik Perniagaan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau tempatan semasa menjalankan perniagaan mereka.
 


3.15
Bawah umur
Seorang yang berada dibawah umur dalam negara atau negeri yang didudukinya tidak boleh menjadi Pemilik Perniagaan eCosway. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh mendaftar atau membawa masuk Pemilik Perniagaan bawah umur ke dalam rancangan eCosway.
 


3.16
Perniagaan Pelbagai eCosway
Seorang Pemilik Perniagaan boleh menjalankan operasi atau mempunyai kepentingan, mengikut undang-undang atau saham, sebagai pemilik tunggal, rakan kongsi, pemegang saham, pemegang amanah atau waris dalam hanya satu perniagaan eCosway sahaja kecuali Pemilik Perniagaan sebelum ini pernah mendaftar dengan "pelbagai ID perniagaan" seperti yang dibenarkan oleh eCosway dan mendaftar ID yang berbeza dengan profil akaun yang sama. Tiada individu yang boleh mengoperasi atau menerima pendapatan melebihi daripada satu perniagaan eCosway dalam apa jua cara kecuali konfigurasi yang dibenarkan iaitu ID perniagaan yang berkongsi satu profil. Pengecualian ke atas peraturan satu perniagaan untuk seorang Pemilik Perniagaan sahaja akan dipertimbangkan mengikut kes (contohnya seorang Pemilik Perniagaan yang menerima perniagaan itu melalui pewarisan). Permintaan ke atas pengecualian polisi ini mestilah diberikan secara bertulis kepada Jabatan Keahlian.
 


3.17
Membungkus dan melabel semula dihalang sama sekali
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh membungkus, melabel, mengganti atau mengubah label sebarang barangan, maklumat, bahan atau rancangan eCosway dalam apa jua cara pun. Perbuatan melabel atau membungkus semula besar kemungkinan akan salah dari segi undang-undang kebangsaan, persekutuan, daerah, jajahan atau tempatan yang akan mendatangkan hukuman jenayah yang berat. Para Pemilik Perniagaan juga patut sedar liability awam boleh timbul akibat daripada membungkus atau melabel barangan semula, orang yang menggunakan barangan tersebut mungkin mengalami kecederaan atau mungkin harta benda mereka akan rosak.
 


3.18
Permintaan Rekod
Jika terdapat sebarang laporan, dokumen atau rekod boleh didapati secara dalam talian, seorang Pemilik Perniagaan mesti beban ke bawah (download) dan mencetaknya daripada Sistem eCosway. Sebarang permintaan untuk mendapatkan salinan invois, permohonan, Laporan Status Perniagaan atau lain-lain rekod boleh didapati oleh Pemilik Perniagaan daripada Jabatan Keahlian Syarikat yang akan dikenakan bayaran. Bayaran ini akan termasuk bayaran mengepos dan masa yang diperlukan untuk mendapatkan fail dan untuk membuat salinan rekod berkenaan.
 


3.19
Naik-keatas (Roll-up) rangkaian global
Apabila berlaku kekosongan dalam Rangkaian Global akibat daripada penamatan satu perniagaan eCosway, setiap Pemilik Perniagaan pada tahap pertama dibawah Pemilik Perniagaan yang menamatkan keahlian pada tarikh pembatalan akan naik ke tahap pertama ("barisan hadapan") penaja yang menaja Pemilik Perniagaan itu. Contohnya jika A menaja B, dan B menaja C1, C2 dan C3, jika B menamatkan perniagaan mereka, C1, C2 dan C3 akan "naik ke atas" ke A dan menjadi sebahagian daripada tahap pertama A.
 


3.20
Jualan, Pindah milik atau Pencalonan terhadap perniagaan eCosway
Walaupun perniagaan eCosway dimiliki secara persendirian, dan beroperasi secara bebas, jualan, pindah milik atau pencalonan perniagaan eCosway terhad kepada beberapa had. Jika seorang Pemilik Perniagaan ingin menjual perniagaan eCosway, kriteria yang berikut mesti dipatuhi:
 


 
a)
Perlindungan terhadap penaja yang sedia ada mesti dikekalkan agar perniagaan eCosway terus beroperasi mengikut penaja tersebut.
 
b)
Pembeli atau orang yang memindah milik mestilah seorang Pemilik Perniagaan eCosway yang layak. Jika pembeli itu seorang Pemilik Perniagaan eCosway yang aktif, mereka mesti terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada eCosway sebelum menamatkan perniagaan eCosway mereka secara serentak dengan pembeli, pindah milik, pencalonan atau pembelian sebarang kepentingan dalam perniagaan eCosway yang baru. Peraturan penantian selama tiga (3) bulan yang ditetapkan dalam Seksyen 3.4.2 tidak akan merangkumi jualan, pindah milik atau pencalonan perniagaan eCosway yang berkaitan dengan seksyen ini.
 
c)
Sebelum jualan, pindah milik, atau pencalonan dapat dipastikan dan diluluskan oleh eCosway, sebarang hutang terhadap eCosway yang ditanggung oleh Pemilik Perniagaan tersebut mesti dijelaskan.
 
d)
Pemilik Perniagaan yang menjual mesti tidak boleh melanggar sebarang syarat atau undang-undang Pejanjian bagi membolehkan mereka menjual, memindah milik atau mencalonkan perniagaan eCosway.
 


 
Sebelum menjual perniagaan eCosway, penjual mesti memberitahu eCosway hasrat mereka untuk menjual perniagaan eCosway mereka. Tidak akan berlaku sebarang perubahan kepada cawangan tersebut akibat daripada jualan atau pun pindah milik perniagaan eCosway.
 


3.21
Hubungan Kepada Cawangan
Semua Pemilik Perniagaan yang aktif mempunyai hak untuk memperkenal dan mendaftarkan orang ke dalam eCosway. Setiap bakal Pemilik Perniagaan atau Pembeli mempunyai hak untuk memilih kepada cawangan mana yang mereka ingin dihubungkan. Jika timbul persoalan dalam hubungan akibat daripada pendaftaran berganda oleh Pemilik Perniagaan atau Pembeli, maka Syarikat akan mengambil kira permohonan pertama yang diterima oleh Syarikat.
 


3.22
Pewarisan
Selepas seorang Pemilik Perniagaan mati atau tidak berupaya lagi, perniagaan mereka boleh diwariskan kepada waris mereka. Dokumentasi perundangan yang sah perlu dikemukakan kepada Syarikat untuk memastikan pindah milik ini dijalankan dengan sempurna. Pemilik Perniagaan juga bertanggung jawab untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam untuk membantu mereka membuat surat wasiat atau lain-lain dokumen testimoni. Bila ada sebarang perniagaan eCosway dipindah milik secara pewarisan atau lain-lain proses perundangan, waris mempunyai hak untuk mendapatkan semua komisen daripada Rangkaian Global Pemilik Perniagaan dengan syarat perkara yang berikut dipatuhi. Waris mestilah:
 


 
a)
Menandatangani Perjanjian Pemilik Perniagaan yang baru; dan
 
b)
Mematuhi syarat dan peraturan Perjanjian.
 


 
Bayaran keuntungan dan insentif perniagaan eCosway yang dipindah milik sejajar dengan seksyen ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank waris. Pewaris mesti memberikan kepada pihak eCosway maklumat akaun bank ke mana bayaran komisen itu perlu dimasukkan. Jika perniagaan ini diwarisi oleh lebih daripada seorang waris, mereka mestilah menubuhkan satu syarikat perniagaan. eCosway akan menyediakan semua komisen dan borang laporan cukai (jika ada) kepada syarikat perniagaan tersebut. Keahlian berganda akan hanya dibenarkan jika berlaku kematian atau Pemilik Perniagaan sudah tidak berupaya lagi.
 


3.23
Pindah milik kerana kematian Pemilik Perniagaan
Untuk memastikan kesahihan pindah milik perniagaan eCosway, waris mestilah mengemukakan yang berikut kepada eCosway: (1) sijil kematian asal; (2) surat wasiat atau lain-lain dokumen yang disaksikan oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah dalam memastikan hak waris tersebut bagi perniagaan eCosway; dan (3)satu Perjanjian Pemilik Perniagaan yang telah siap diisi dan ditandatangani.
 


3.24
Pindah milik kerana Pemilik Perniagaan tidak berupaya
Untuk mengesahkan pindah milik perniagaan eCosway sebab Pemilik Perniagaan sudah tidak berupaya, waris mestilah mengemukakan yang berikut kepada eCosway (1) surat perlantikkan sebagai pemegang amanah yang disaksikan oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah; (2)salinan dokumen amanah atau lain-lain dokumentasi yang menunjukkan hak pemegang amanah untuk mentadbir perniagaan eCosway; dan (3) Perjanjian Pemilik Perniagaan yang telah siap diisi oleh pemegang amanah.
 


 


4
SEKSYEN - TANGGUNG JAWAB PARA PEMILIK PERNIAGAAN
 


4.1
Pertukaran nombor telefon atau alamat
Untuk memastikan penghantaran barangan, bahan sokongan dan pembayaran adalah amat penting untuk memastikan fail eCosway adalah fail terkini. Nama jalan diperlukan sebab eCosway tidak akan membuat penghantaran ke alamat peti surat. Untuk menjamin penghantaran, Pemilik Perniagaan mesti mengemaskinikan alamat dan nombor telefon terbaru mereka dalam muka surat Profil Individu mereka dengan serta-merta. Kemaskinian ini akan hanya berkuatkuasa bagi penghantaran bagi pembelian yang seterusnya.
 


4.2
Tanggung jawab Jualan yang berterusan
Tanpa mengambil kira tahap pencapaian mereka, para Pemilik Perniagaan ada tanggung jawab untuk meneruskan promosi secara peribadi melalui generasi baru Pembeli dan melalui khidmat kepada pembeli yang telah sudah sedia ada.
 


4.3
Teguran
eCosway memberikan para Pemilik Perniagaan bebas mereka dengan barangan yang terbaik, Rancangan Keuntungan dan perkhidmatan yang terbaik dalam industri. Sejajar dengan ini, eCosway menghargai komen dan kritikkan membina daripada para Pemilik Perniagaan. Semua komen sebegini sepatutnya disalurkan melalui emel kepada Jabatan Keahlian. Walaupun eCosway mengalu-alukan pendapat yang membina, komen negatif dan selaran yang dibuat oleh para Pemilik Perniagaan tentang Syarikat serta barangannya atau Rancangan Keuntungannya tidak akan membawa sebarang manfaat selain daripada melemahkan semangat lain-lain Pemilik Perniagaan eCosway. Untuk sebab ini, dan untuk menunjukkan satu teladan yang baik bagi 'downline', para Pemilik Perniagaan mestilah tidak patut menyelar eCosway, lain-lain Pemilik Perniagaan eCosway, barangan eCosway, Rancangan Keuntungan atau pengarah, pegawai,atau para pekerja eCosway dan sebarang selaran akan mengakibatkan ianya dianggap melanggar perjanjian Polisi dan Prosedur.
 


4.4
Melaporkan Pelanggaran Polisi
Para Pemilik Perniagaan yang nampak akan pelanggaran Polisi ini oleh seorang Pemilik Perniagaan lain mestilah membuat laporan bertulis atau menghantar emel berkenaan pelanggaran itu secara terus kepada Jabatan Pematuhan eCosway. Maklumat berkenaan tarikh, berapa kali ianya berlaku, orang yang terlibat dan sebarang dokumen sokongan mestilah disertakan dalam laporan ini.
 


 


5
SEKSYEN - SYARAT-SYARAT UNTUK MEMBUAT JUALAN
 


5.1
Jualan Produk
Rancangan Keuntungan eCosway adalah berdasarkan jualan barangan eCosway kepada para pengguna. Para Pemilik Perniagaan mesti menepati keperluan jualan peribadi dan keperluan Pembeli seperti yang terkandung dalam Rancangan Keuntungan eCosway (serta lain-lain tanggung jawab yang terkandung dalam Perjanjian) untuk membolehkan mereka layak mendapat keuntungan dan insentif. "Jumlah Jualan Peribadi" (Personal Branch eVolume) termasuk pembelian yang dibuat oleh Pemilik Perniagaan dan pembelian yang dibuat dalam rangkaian Pembeli Pemilik Perniagaan.
 


5.2
Had Kawasan
Tidak ada sebarang had kawasan eksklusif yang diberikan kepada sesiapa pun. Bayaran franchis tidak diperlukan.
 


 


6
SEKSYEN - KEUNTUNGAN
 


6.1
Kelayakan untuk mendapatkan Keuntungan dan Insentif
Seorang Pemilik Perniagaan mesti aktif dan mematuhi syarat dalam Perjanjian untuk layak mendapat komisen. Asalkan Pemilik Perniagaan mematuhi syarat dalam Perjanjian, eCosway akan membayar komisen kepada Pemilik Perniagaan mengikut Rancangan Keuntungan. Semua komisen akan dikumpulkan ke dalam eAkaun Pemilik Perniagaan. Setiap Pemilik Perniagaan mesti memilih "Jumlah Minima eAkaun Pemindahan" yang merupakan jumlah minima yang eCosway akan pindah keluar daripada eAkaun Pemilik Perniagaan dan masuk ke dalam akaun bank, sementara mengekalkan baki minima dalam eAkaun.
 


6.2
Laporan Status Perniagaan
Semua maklumat yang diberikan oleh eCosway dalam Laporan Status Perniagaan dalam talian, termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah jualan terkumpul persendirian atau peribadi (atau bahagian mana yang berkenaan) dan aktiviti penajaan 'downline' yang boleh dipercayai tepat dan pasti, tidak tertakluk kepada pelbagai fakta termasuk kemungkinan kesilapan manusia atau mekanikal; ketepatan, kejituan dan pesanan yang menepati masa; penolakkan kad kredit; barangan yang dipulangkan; kad kredit yang dicaj semula; maklumat tidak dijamin oleh eCosway atau sesiapa yang menghasilkan atau menghantar maklumat ini.

SEMUA MAKLUMAT STATUS PERNIAGAAN DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA YANG ADA" TANPA SEBARANG JAMINAN YANG DIANGGAP ATAU DIBERIKAN ATAU DIWAKILKAN DALAM SEBARANG BENTUK. SECARA KHUSUS TETAPI TANPA HAD TIDAK AKAN ADA JAMINAN BARANGAN, KETEPATAN PENGGUNAAN ATAU TIDAK MENYALAHGUNAKANNYA.

DIBAWAH UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA, eCosway DAN/ATAU SESIAPA SAHAJA YANG MENGHASILKAN DAN MENGHANTAR MAKLUMAT TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB KEPADA SEBARANG Pemilik Perniagaan atau SESIAPA SAHAJA BAGI SEBARANG KEROSAKKAN YANG TIMBUL SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SENGAJA, TIDAK SENGAJA, KHASNYA AKIBAT DARIPADA MENGGUNAKAN ATAU MENDAPAT MAKLUMAT STATUS LAPORAN PERNIAGAAN (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KOMISEN, KEHILANGAN PELUANG DAN KEROSAKKAN YANG MUNGKIN TIMBUL DARIPADA KETIDAKTEPATAN, KETIDAKLENGKAPAN, TIDAK JITU, PENANGGUHAN ATAU KEHILANGAN), WALAUPUN TELAH DINASIHATKAN OLEH eCOSWAY ATAU PIHAK LAIN YANG MENYEBARKAN MAKLUMAT TERSEBUT MESTILAH TELAH DIBERITAHU AKAN KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKKAN. SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, eCOSWAY ATAU PIHAK LAIN YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAU MENYEBARKAN MAKLUMAT BERKENAAN TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAU MENGHADAPI LIABILITI UNTUK ANDA ATAU SEBARANG PIHAK LAIN DIBAWAH SEBARANG UNDANG-UNDANG TORT, KONTRAK, KECUAIAN, LIABILITI SEPENUHNYA, LIABILITI PRODUK ATAU TEORI LAIN YANG BERKAITAN DENGAN SEBARANG SUBJEK DALAM PERJANJIAN ATAU SYARAT DAN PERATURAN YANG BERKAITAN DENGANNYA.

Kebenaran untuk mendapatkan perkhidmatan dalam talian eCosway dan maklumat Laporan Status Perniagaan adalah atas risiko Pemilik Perniagaan sendiri. Semua maklumat Laporan Status Perniagaan disediakan untuk Pemilik Perniagaan berdasarkan seperti yang telah "sedia ada". Jika Pemilik Perniagaan tidak puas hati dengan maklumat dalam Laporan Status Perniagaan cara terbaik untuk mengatasinya ialah untuk berhenti daripada mendapatkan maklumat daripada perkhidmatan Laporan Status Perniagaan dan maklumat daripada Laporan Status Perniagaan dalam talian.
 


 


7
SEKSYEN - LANGKAH DISIPLIN DAN PERCANGGAHAN TERHADAP RESOLUSI
 


7.1
Tindakan disiplin
Jika Perjanjian serta Polisi dan Prosedur atau sebarang perniagaan dilakukan oleh para Pemilik Perniagaan secara haram, palsu, menyeleweng atau tidak beretika akan mengakibatkan eCosway mengambil satu atau lebih tindakan seperti berikut :
 


 
a)
Teguran atau amaran bertulis;
 
b)
Mengarahkan Pemilik Perniagaan mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan;
 
c)
Denda yang akan dikenakan akan ditolak daripada bayaran komisen;
 
d)
Kehilangan hak ke atas satu atau lebih komisen;
 
e)
eCosway akan membekukan keseluruhan atau sebahagian daripada komisen Pemilik Perniagaan eCosway semasa sebarang penyiasatan dijalankan terhadap Pemilik Perniagaan eCosway yang disyaki melanggar Perjanjian. Jika keahlian dibatalkan atas sebab disiplin, Pemilik Perniagaan tersebut tidak akan berhak mendapatkan komisen yang dibekukan semasa jangka masa penyiasatan ;
 
f)
Penggantungan Perjanjian Pemilik Perniagaan individu bagi satu atau lebih pembayaran;
 
g)
Pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaan;
 
h)
Sebarang langkah yang boleh diambil seperti yang terkandung dalam Perjanjian atau sebarang langkah lain yang dianggap berpatutan oleh eCosway terhadap kecederaan yang diakibatkan secara tidak langsung atau secara langsung kerana kesalahan Pemilik Perniagaan kerana melanggar polisi atau kontrak ;
 
i)
Dalam keadaan yang dianggap wajar, pihak eCosway mungkin boleh mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan ganti rugi dari segi kewangan atau/dan yang bersamaan dengannya.
 


7.2
Aduan dan Tidak puas hati
Jika seorang Pemilik Perniagaan tidak puas hati atau ingin mengadu tentang seorang Pemilik Perniagaan lain berkenaan sebarang cara atau perlakuan perniagaan eCosway masing-masing, Pemilik Perniagaan yang mengadu perlu melaporkan masalah ini terlebih dahulu kepada Jabatan Keahlian Syarikat. Jabatan Keahlian akan mengkaji fakta dan cuba untuk menyelesaikannya. Jika ianya tidak dapat diselesaikan, ianya akan dirujuk kepada Lembaga Resolusi Percanggahan bagi mendapatkan penentuan.
 


7.3
Lembaga Resolusi Percanggahan
Tujuan Lembaga Resolusi Percanggahan (Dispute Resolution Board - "DRB)) adalah untuk : (1) Mengkaji rayuan terhadap tindakan disiplin; dan (2) Mengkaji perkara antara para Pemilik Perniagaan eCosway. Setelah ada maklum balas dan keputusan diberikan oleh Jabatan Keahlian telah ditolak atau tidak dapat diselesaikan, Lembaga Resolusi Percanggahan akan mengkaji bukti, membahaskannya dan memberikan maklum balas berkenaan perkara terkini yang masih belum diselesaikan secara kolektif.

Seorang Pemilik Perniagaan boleh menghantar permintaan bertulis dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh :(1)notis bertulis tersebut diberikan oleh eCosway bagi tindakan disiplin;(2)notis bertulis daripada Jabatan Keahlian berkenaan pertelingkahan antara para Pemilik Perniagaan. Semua perutusan dengan eCosway dan Pemilik Perniagaan yang mencari penyelesaian kerana pertelingkahan mestilah dibuat secara bertulis. Adalah menjadi hak DRB untuk memutuskan jika sesuatu tuntutan itu layak untuk dikaji. Jika DRB bersetuju, mereka akan menjadualkan satu perbicaraan dalam masa dua puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh penerimaan permintaan bertulis daripada Pemilik Perniagaan. Semua bukti (e.g. dokumen, bahan bukti etc) yang ingin dikemukakan oleh Pemilik Perniagaan kepada DRB mestilah dihantar kepada eCosway tidak kurang daripada tujuh hari bekerja sebelum perbicaraan. Pemilik Perniagaan akan menanggung sepenuhnya semua perbelanjaan yang berkaitan dengan kehadiran diri mereka atau kehadiran saksi mereka yang ingin mereka bawa. Keputusan Lembaga Resolusi Percanggahan adalah muktamad dan tidak akan dirujuk semula. Semasa tuntutan ini berada pada DRB, Pemilik Perniagaan akan melucutkan hak untuk mendapatkan pengadilan atau lain-lain jenis penyelesaian.

Apabila sekatan dikenakan, Pemilik Perniagaan yang dikenakan tindakan disiplin boleh merayu dalam masa 15 hari bekerja daripada tarikh notis pembatalan eCosway. Jika rayuan ini tidak diterima oleh eCosway dalam masa 15 hari bekerja, maka ianya akan menjadi langkah muktamad. Pemilik Perniagaan mesti menghantar semua dokumen sokongan bersama dengan surat rayuan. Jika Pemilik Perniagaan mengemukakan rayuan tepat pada masanya terhadap pembatalannya, DRB akan mempertimbangkan semula pembatalannya dan mempertimbangkan langkah lain dan akan memberitahu Pemilik Perniagaan secara bertulis akan keputusan mereka.
 


7.4
Menimbangtara
Sebarang kontroversi atau tuntutan yang timbul akibat daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian atau melanggar perjanjian akan diselesaikan oleh Pusat Serantau Kuala Lumpur untuk Menimbangtara ("pusat") dibawah Undang-Undang untuk Menimbangtara, dan keputusan yang dibuat oleh penimbangtara boleh dibawa ke mana-mana mahkamah. Jika seorang Pemilik Perniagaan membuat tuntutan atau membuat tuntutan balas terhadap eCosway, mereka boleh lakukannya secara individu dan bukan secara bersama dengan lain-lian Pemilik Perniagaan atau sebahagian daripada atau secara langkah bersama. Pemilik Perniagaan melucutkan hak untuk dibicarakan oleh juri atau di mana-mana mahkamah. Semua timbangtara akan diadakan di Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Setiap pihak akan bertanggungjawab terhadap setengah daripada (1) bayaran untuk penimbangtara-penimbangtara atau penimbangtara dan (2) kos timbang tara. Keputusan penimbangtara adalah muktamad dan jika diperlukan boleh dirujuk kepada mana-mana mahkamah yang sah. Keputusan ini akan merangkumi semua pembatalan atau tamat tempoh Perjanjian.

Tidak ada apa-apa dalam Polisi dan Prosedur ini yang akan menghalang eCosway daripada memohon dan mendapatkan daripada mana-mana mahkamah writ yang terikat, injunksi sementara, injunksi awal, injunksi tetap atau sebarang pengecualian yang terdapat untuk menjaga dan melindungi kepentingan eCosway sebelum, semasa atau berikutan daripada sebarang dakwaan timbangtara atau lain-lain prosedur sementara menantikan keputusan atau gantirugi yang berkaitan dengan mana-mana timbangtara atau lain-lain prosedur.
 


7.5
Undang-undang, kuasa perundangan dan tempat
Kuasa perundangan dan tempat dan sebarang kisah lain akan dibuat di Kuala Lumpur, Malaysia. Akta Timbangtara 1952 Malaysia dan Undang-undang timbangtara pusat akan merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan timbangtara. Undang-undang Malaysia akan merangkumi semua perkara yang berkaitan atau yang timbul daripada Perjanjian.
 


 


8
SEKSYEN - MEMBELI-BELAH
 


8.1
Syarat Membeli dan Peraturan untuk Pemilik Perniagaan
eCoway menawarkan pelbagai barangan yang didapatkan secara langsung daripada Pembekal. Para Pemilik Perniagaan akan mengambil bahagian dalam Rancangan Hadiah Pembeli dan dinasihatkan untuk membeli barangan di Pusat Membeli-Belah eCosway atau pusat jualan yang dilantik oleh eCosway (jika ada).
 


8.2
Membeli barangan eCosway
Setiap Pemilik Perniagaan mesti membeli barang dengan menggunakan nombor pengenalan Pemilik Perniagaan mereka sendiri supaya eVolume, Unit Kelayakan (QUs), Nilai Mata (Value Points), Nilai Mata Kad (CVPs) dan Mata Tebusan (jika tertakluk) akan dikaitkan kepada Cawangan Peribadi mereka.
 


8.3
Rancangan Hadiah Pembeli
Para Pemilik Perniagaan boleh menyertai Rancangan Hadiah Pembeli dan bina rangkaian Pembeli dengan memberikan mereka ID peribadi mereka untuk mengakses pusat membeli-belah eCosway. Semua eVolume dan unit kelayakkan (Qualifications Units) yang dijana oleh rangkaian Pembeli dan Value Point yang dijana oleh para Pembeli yang secara peribadi dirujuk oleh Pemilik Perniagaan akan dikreditkan ke dalam cawangan peribadi Pemilik Perniagaan.
 


8.4
Harga
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua barangan yang tersenarai di Pusat Membeli-Belah eCosway adalah dalam dolar AS dan akan diubah dari masa ke semasa mengikut kehendak eCosway tanpa sebarang notis. Walaubagaimana pun barangan yang ditawarkan untuk jualan di pusat jualan yang dilantik oleh eCosway mempunyai hak, di mana ianya berpatutan, untuk meletakkan harga dalam matawang tempatan.

Harga yang disenaraikan dalam Pusat Membeli-Belah eCosway tidak termasuk duti import, cukai jualan, cukai nilai tambahan(value added tax -VAT) atau lain-lain cukai yang mungkin dikenakan oleh negara yang mana barangan itu akan dihantar. Semua duti, cukai jualan, cukai nilai tambahan, bayaran kastam dan lain-lain bayaran adalah hak eksklusif dan hak mutlak yang perlu ditanggung oleh penerima.
 


8.5
Bayaran Penghantaran
 


 
a)
Jumlah bayaran penghantaran dikira mengikut kos hantaran daripada negara pembekal hingga ke alamat negara yang perlu dihantar. Dalam setengah-setengah keadaan eCosway mungkin memberikan subsidi ke atas bayaran hantaran.
 
b)
Bayaran hantaran bagi setiap barang yang dipesan akan ditentukan sebaik sahaja alamat penerima diterima oleh Pemilik Perniagaan selepas pembelian selesai di Pusat Membeli-Belah eCosway.
 
c)
Bayaran hantaran tidak akan dipulangkan.
 
d)
Pemulangan bayaran hantaran akan hanya dibuat jika barangan yang dipulangkan rosak atau barangan yang salah telah dihantar.
 
e)
Bayaran hantaran tidak merangkumi pembelian luar talian yang dibuat di pusat jualan yang dilantik oleh eCosway di mana tidak perlu ada penghantaran.
 


8.6
Bayaran
Semua jenis pembayaran yang boleh dibuat akan disenaraikan dalam laman web eCosway. Walaubagaimana pun, eCosway mempunyai hak mutlak untuk tidak menerima beberapa jenis bentuk pembayaran tanpa memberikan sebarang sebab.
 


8.7
Hantaran
Pesanan hantaran akan ambil masa 3 minggu dan bergantung kalau barang yang dipesan ada dalam simpanan. Dalam setengah-setengah keadaan di mana pengesahan bagi pembayaran dengan kad kredit diperlukan, hantaran mungkin mengambil masa yang lebih sikit.
 


8.8
Pengesahan Kad Kredit Pemilik Perniagaan
Pemilik Perniagaan bersetuju dengan pengesahan maklumat kad kredit oleh eCosway atau agen mereka ketika diperlukan.
 


8.9
Penerimaan Hantaran
 
a)
Pemilik Perniagaan akan menerima melalui emel alamat yang diberikan seperti yang terdapat di dalam profil Pemilik Perniagaan, satu pengesahan pesanan bersama dengan nombor Pesanan yang didapati bila pesanan diterima oleh eCosway dan suatu e-mel Pesanan Penghantaran menunjukkan nombor bil penghantaran dari item yang dihantar sebagai rujukan.
 
b)
Tidak akan ada sebarang pemberitahuan lain yang berkaitan dengan pesanan itu melainkan ada masalah yang timbul dengan pesanan itu (contoh barangan tersebut habis atau kuantitinya tidak mencukupi). Dalam keadan semacam ini eCosway akan berkomunikasi dengan Pemilik Perniagaan melalui mel elektronik.
 


8.10
Proses Pembatalan
Pesanan diproses terus dan secara automatik. Oleh itu Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan membatalkan pesanan tapi boleh memulangkan barang kepada eCosway mengikut Polisi dan Prosedur Pemulangan.
 


8.11
 
a)
Barangan mesti dipulangkan dalam masa sepuluh (10) hari daripada tarikh resit.
 
b)
Semua barangan boleh dipulangkan kecuali dinyatakan disebaliknya di mukasurat membeli-belah Pusat Membeli-Belah eCosway.
 
c)
Pemilik Perniagaan dan Pembeli mesti mengisi dan menghantar Borang Pemulangan Barangan dalam talian.
 
d)
Setelah mendapatkan kelulusan, Nombor Barangan Pulangan (Merchandise Return Nombor - MRN) akan dihantar oleh eCosway melalui mel elektronik kepada Pemilik Perniagaan dan Pemilik Perniagaan boleh memulangkan barangan tersebut.
 
e)
Semua barangan yang dipulangkan mestilah dengan bungkusan asal dan dalam keadaan yang sempurna; dan dihantar kepada alamat Pembekal yang tercatit pada label penghantaran dengan bayaran hantaran yang telah diprabayar dan ditanggung oleh Pemilik Perniagaan. Pembekal tidak akan membuat bayaran penerimaan semasa menerima barangan. Bungkusan yang sesuai dan bahan bungkusan mesti digunakan semasa memulangkan barangan. Nombor Pemulangan Barangan mestilah ditulis dengan jelas dan terang diluar bungkusan.
  f) Pemilik Perniagaan mesti menyimpan semua dokumen kourier sebagai bukti memulangkan barangan bagi tujuan mengesannya. Jika barangan yang dipulangkan tidak diterima oleh Pembekal, adalah menjadi tanggungjawab Pemilik Perniagaan untuk mencari ke mana ianya dihantar dan membuat tuntutan gantirugi bagi barangan yang telah hilang atau pun rosak.
 
g)
Barangan yang dipulangkan akan hanya diterima dengan syarat semua prosedur dalam Polisi Pemulangan dituruti.
 


8.12
Pemulangan
 
a)
eCosway akan memberitahu Pemilik Perniagaan secara mel elektronik tentang sebarang pemulangan sebaik sahaja barangan tersebut diterima oleh Pembekal eCosway.
 
b)
Jumlah yang perlu dipulangkan akan dikreditkan ke dalam eAccount Pemulangan Pemilik Perniagaan.
 
c)
Pemilik Perniagaan mula-mula sekali mesti menggunakan sepenuhnya baki kredit yang ada dalam eAccount Pemulangan sebagai bayaran untuk pembelian seterusnya sebelum kaedah pembayaran lain digunakan Pemilik Perniagaan.
 


8.13
Penyelerasan eVolume Pemilik Perniagaan dan Unit Kelayakkan
 
a)
eVolume (eV) dan Unit Kelayakkan (QU - Qualification Unit), Nilai Mata (VPs), Nilai Mata Kad (CVPs) dan Mata Tebusan (Redemption Points - RPs) yang diberikan kepada barangan yang dipulangkan oleh kedua-dua Pemilik Perniagaan dan Pembeli mereka akan ditolak daripada eVolume Pemilik Perniagaan Cawangan Peribadi dan QU untuk bulan yang sama di mana tarikh resit dan barangan yang dipulangkan.
 
b)
Jika eV, QU, VP, CVP dan RP Pemilik Perniagaan pada bulan tersebut dan yang ada dalam simpanan tidak mencukupi untuk potongan eV, QU, VP, CVP dan RP yang diberikan kepada barangan yang dipulangkan, potongan dijalankan secara bulanan sehingga semua eVolume dan QU didapatkan kembali secara sepenuhnya.
 


8.14
Jangkamasa Pesanan
Semua pesanan tanpa mengambil kira masa tempatan negara mereka adalah tarikh dan masa yang didapati di Kuala Lumpur, Malaysia yang +8 jam kepada GMT. Contohnya jika satu pesanan dibuat pada hari Selesa pukul 2:00 p.m.di New York masa sebenarnya ialah hari Rabu pukul 2:00 a.m. Pemilik Perniagaan perlu senantiasa merujuk kepada waktu Malaysia ketika membuat pesanan dengan klik pada butang "Check Time" yang boleh didapati pada semua muka surat pesanan. Semua masa kelayakkan akan tutup mengikut masa yang ditetapkan dalam terbitan rasmi eCosway iaitu mengikut masa tempatan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Semua pesanan dianggap telah diterima bila bayaran diterima oleh eCosway. Jika kaedah bayaran yang digunakan ditolak atau tidak diterima atas sebarang sebab, pesanan tersebut akan ditolak dan tidak akan dikreditkan bagi sebarang sebab (termasuk tambahan eV atau QU). Pemilik Perniagaan mesti menghantar pesanan pada awal bulan jika mereka ingin pesanan mereka itu dimasukkan ke dalam bulan yang barangan itu dibeli. eCosway tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan menghantar pesanan yang timbul daripada sesuatu yang diluar kawalannya.
 


 


9
SEKSYEN -TIDAK AKTIF DAN PEMBATALAN
 


 
a)
Tindakan Pembatalan
Asalkan Pemilik Perniagaan aktif dan mematuhi syarat serta Polisi dan Prosedur ini, eCosway akan membayar keuntungan dan insentif kepada Pemilik Perniagaan mengikut Rancangan Keuntungan. Keuntungan seorang Pemilik Perniagaan bergantung kepada keseluruhan usaha Pemilik Perniagaan dalam menjana jualan dan aktiviti yang berkaitan dengan menjana jualan (termasuk membina satu rangkaian). Berikutan dengan Pemilik Perniagaan yang tidak membaharui Perjanjian Pemilik Perniagaan, pembatalan kerana tidak aktif atau pembatalan secara suka rela atau tidak suka rela (semua langkah ini secara kolektifnya dirujuk sebagai "pembatalan"). Bekas Pemilik Perniagaan tidak berhak, tidak mempunyai hak milik, membuat tuntutan atau ada sebarang kepentingan terhadap sebarang jualan yang dijana oleh rangkaian.Seorang Pemilik Perniagaan yang perniagaannya dibatalkan akan kehilangan segala hak sebagai Pemilik Perniagaan. Ini termasuk hak untuk menjual barangan eCosway dan hak untuk menerima keuntungan di masa hadapan atau lain-lain pendapatan yang timbul daripada sebarang aktiviti bekas rangkaian Pemilik Perniagaan
.
eVolume yang datang dari jualan seorang Pemilik Perniagaan yang membatalkan Perjanjian Pemilik Perniagaan akan terus kepada jumlah eVolume kumpulan itu.
Bekas Pemilik Perniagaan tidak lagi akan mengaku dirinya sebagai Pemilik Perniagaan eCosway dan tidak ada hak untuk menjual barangan eCosway. Seorang Pemilik Perniagaan yang mana Perjanjiaan Pemilik Perniagaannya terbatal akan hanya menerima keuntungan bagi tempoh masa penuh ketika sebelum pembatalan (tolak sebarang jumlah yang dipegang semasa penyiasatan sedang dijalankan bagi pembatalan secara tidak suka rela).
 


 
b)
Pembatalan Secara Tidak Suka Rela
Seorang Pemilik Perniagaan yang melanggar sebarang syarat Perjanjian, termasuk sebarang pengubalan yang mungkin telah dibuat oleh eCosway mengikut hak mutlaknya, mungkin mengakibatkan salah satu daripada sekatan yang disenaraikan dalam Seksyen 7.1 dikenakan. Pembatalan akan berkuatkuasa daripada tarikh di mana notis bertulis yang di hantar melalui emel ke alamat terakhir Pemilik Perniagaan yang diketahui, atau bila Pemilik Perniagaan menerima notis pembatalan yang sebenarnya atau pun bergantung kepada notis mana yang diterima dulu.

Syarikat mempunyai hak untuk membatalkan Perjanjian dan menghentikan perniagaan eCosway dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari melalui emel jika : (1) berhenti daripada menjalankan operasi; (2) membubarkan entiti korperat; atau (3) menghentikan pengedaran barangannya melalui jualan langsung.
 


9.1
Pembatalan Secara Suka Rela
Seorang Pemilik Perniagaan mempunyai hak untuk membatalkan Perjanjian Perniagaan mereka pada bila-bila masa, tanpa sebarang sebab. Pembatalan mestilah dibuat secara bertulis kepada alamat berdaftar Syarikat induk. Notis bertulis itu mesti mengandungi nama Pemilik Perniagaan, alamat, dan Nombor Pengenalan Pemilik Perniagaan (I.D. Number).
 


9.2
Tidak Diperbaharui
Seorang Pemilik Perniagaan juga boleh membatalkan Perjanjian Pemilik Perniagaan dengan memperbaharui Perjanjian sebelum atau pada genap ulang tahun bulan pendaftaran.
     
     
10 SEKSYEN - DEFINASI
     
10.1 Pemilik Perniagaan Aktif -
Seorang Pemilik Perniagaan yang menepati tuntutan minimum eVolume Cawangan Peribadi yang diperlukan seperti yang terkandung dalam Rancangan Keuntungan eCosway, untuk layak menerima komisen.
     

10.2 Perjanjian -
Kontrak antara Syarikat dan Pemilik Perniagaan yang termasuk Perjanjian Pemilik Perniagaan, Polisi dan Prosedur eCosway, dan Rancangan Keuntungan eCosway, semuanya mengikut kandungan terkini atau seperti yang telah diubah oleh eCosway mengikut hak mutlaknya. Semua dokumen ini secara kolektifnya dirujuk sebagai "Perjanjian."
       
10.3 Cawangan - Satu peruntukkan tambahan kepada pusat membeli-belah eCosway bagi setiap Pemilik Perniagaan.
     

10.4 Rangkaian Cawangan - Sekumpulan para Pemilik Perniagaan yang dirujuk secara langsung atau secara tidak langsung untuk mendaftar dengan eCosway oleh seorang Pemilik Perniagaan tanpa mengambil kira berapa banyk rujukkan yang berlaku.
       
10.5 Rangkaian Perniagaan - Jumlah Cawangan Peribadi Pemilik Perniagaan termasuk rangkaian Pembelu dan rangkaian cawangan.
       
10.6 Pemilik Perniagaan - Seorang "Pemilik Perniagaan" adalah seorang individu yang telah melengkapkan Permohonan Perjanjian Pemilik Perniagaan dan dengan itu telah mendapat hak dan tanggungjawab bagi perniagaan eCosway.
       
10.7 Laporan Status Perniagaan -
Satu laporan yang dijana oleh eCosway, ianya memberikan maklumat kritikal berkaitan jualan dan aktiviti pendaftaran setiap Pemilik Perniagaan dalam Rangkaian Global. Laporan ini mengandungi maklumat peribadi dan maklumat rahsia perniagaan yang merupakan hak eCosway.
     

10.8 Pembatalan -
Pembatalan perniagaan Pemilik Perniagaan. Pembatalan mungkin secara rela, tidak rela, tidak memperbaharui keahlian atau tidak aktif.
     

10.9 Syarikat -
Istilah "Syarikat" yang digunakan secara meluas dalam Perjanjian ini membawa maksud kepada eCosway.com Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan mengikut undang-undang Malaysia dengan nombor pendaftaran syarikat (509213-A).
     

10.10 Keuntungan - Satu istilah kolektif yang digunakan bagi menerangkan bonus dan insentif yang boleh diperolehi mengikut Rancangan Keuntungan eCosway.
       
10.11 Pengguna -
Seorang yang membeli barangan eCosway untuk tujuan menggunakannya bagi diri sendiri dan bukannya untuk menjualnya semula kepada orang lain.
       
10.12 Cawangan Peribadi - Pemilik Perniagaan memiliki cawangan dari Pusat Membeli-belah eCosway dimana pembelian peribadi dia dan pembelian dari rangkaian Pembelinya akan dikredit.
       
10.13 Bahan rasmi eCosway -
Bahan bacaan, laman web, audio atau pita video, fail dan lain-lain barangan yang diterbitkan, dicetak, diterbit dan diedarkan oleh eCosway untuk Pemilik Perniagaan.
     

10.14 Naik-keatas -
Kaedah yang digunakan untuk memenuhkan kekosongan dalam Rangkaian Global akibat daripada Pemilik Perniagaan yang mana Perjanjian Pemilik Perniagaan mereka dibatalkan.
       
10.15 Pembeli -
Seorang individu yang membeli barangan eCosway daripada Pusat Membeli-Belah eCosway.
     

10.16 Rangkaian Pembeli -
Sekumpulan para Pembeli yang dirujuk secara langsung atau tidak langsung untuk membeli daripada cawangan Pemilik Perniagaan dengan tidak mengambil kira bilangan rujukkan. 
*http://www.ecosway.com/ecosway/bm_MY/policiesProcedures.jsp

No comments:

Post a Comment