Monday, September 11, 2017

Tahukah anda salesman

+ Tahukah anda bahawa hanya segelintir rakyat di Malaysia percaya bahawa kerjaya sebagai seorang jurujual adalah kerjaya yang paling agung??

+ Tahukah anda juga bahawa hanya segelintir rakyat di Malaysia masih lagi menganggap bahawa kerjaya jurujual ini adalah kerjaya kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan takde masa depan??

+ Tahukah anda bahawa segelintir jurujual di Malaysia masih lagi dilayan seperti selipar jepun walaupun jurujual itu menjual produk yang terkenal di pasaran?

+ Tahukah anda bahawa masih ada segelintir rakyat Malaysia yang bermentaliti di bawah tahap normal sebagai manusia dan masih skeptik teruk dengan jurujual?

+ Tahukah anda bahawa masih ada segelintir pakcik dan makcik di kota sana masih sanggup mengahwinkan anak mereka dengan seorang jurujual??

+ Tahukah anda bahawa ada segelintir jurujual kat luar sana yang berpendidikan dan mempunyai moral yang tinggi?

+ Tahukah anda bahawa ada segelintir jurujual di luar sana yang pendapatan bulanannya lebih tinggi daripada EPF setahun kebanyakan rakyat yang bertali leher dan berkasut petak walaupun tanpa gaji pokok dan elaun tambahan yang lain??

+ Tahukah anda RAMAI jurujual diluar sana hidup mereka biasa-biasa aja walaupun pendapatan bulanan mereka sama dengan 18 tahun savings kebanyakan rakyat Malaysia??

+ Tahukah anda bahawa jurujual juga harus mendapat penghormatan tertinggi dalam hierarki profesyen di Malaysia ini??

+ Tahukah anda bahawa jurujual juga seorang manusia??

Jawapannya mudah.

Hanya segelintir.

#LivingBetter
#SalesmanGuru

No comments:

Post a Comment